Proses Pemberian Barangan Projek Small Grants 3.0

  • 24 Mar 2016
  • Admin

Yayasan Sejahtera bersama-sama dengan Puncak Stainless Steel and Machinery Sdn Bhd telah menjalankan pemberian barang-barang untuk peserta projek Geran Kecil 3.0 di sekitar jajahan Bachok, Kelantan pada 24 Mac 2016. Antara peserta yang menerima bantuan kali ini adalah En Che Ridzuan bin Ali, penjaja 'cholek buah' di sekolah berhampiran. Namun sebelum ini dengan menaiki motosikal yg usang, acapkali beliau tersangkut di tengah jalan akibat kerosakan demi kerosakan yang terpaksa beliau hadapi. Namun dengan pemberian motor roda tiga hari ini, kita doakan perniagaannya akan lebih maju dan lancar, dan mungkin satu hari nanti mampu menjadikan beliau ahli perniagaan 'cholek buah' yang berjaya, Insya Allah