Kursus Sulaman Manik Asas & Manik 3D di PPR Pantai RIA

  • 22 Mar 2016
  • Admin

Sebagai salah satu daripada aktiviti peningkatan kemahiran untuk peserta-peserta ‘Community Enhancement Programme’ (CEP) di Blok A & B PPR Pantai Ria adalah Kursus Sulaman Manik Asas & Manik 3D. Kursus dua hari ini telah dijalankan pada 20-21 Mac 2016 di Bilik Serbaguna Blok B dan  dijalankan dengan kerjasama Kolej Komuniti ini telah dihadiri oleh 17 peserta wanita yang berminat untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti jahitan dan sulaman. 

Para peserta bukan sahaja diberi latihan tetapi turut menerima pek permulaan untuk membantu dalam menjalani latihan menjahit dan menyulam ini. Rata-rata peserta telah memberikan komitmen yang tinggi serta telah berjaya menghasilkan sulaman pada baju sendiri pada akhir kursus.