Perasmian Bengkel Women Economic Empowerment (WEE)

  • 16 May 2016
  • Admin

16 Mei 2016 merupakan tarikh bersejarah buat Yayasan Sejahtera dan warga wanita di Suang Punggor, Kota Belud dengan perasmian Bengkel Women Economic Empowerment (WEE) yang telah disempurnakan oleh Puan Suheilah Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Sejahtera. Turut memeriahkan majlis ringkas penuh bermakna tersebut adalah Puan Zanariah Jamil, Pengurus Kanan, PEMANDU; Puan Laisan Hj Sain, Setiausaha PERWITA dan Encik Naim Satuh, Ketua Kampung, Kg. Suang Punggor.

Apa yang mengagumkan adalah kesungguhan para peserta program ini untuk menyelami ilmu jahitan yang dikongsikan oleh pihak Epal, rakan usahasama Yayasan Sejahtera dalam memajukan komuniti ini, khususnya untuk menjana pendapatan. Begitu juga dengan sokongan padu daripada seluruh kampung yang dipimpin oleh Encik Naim Satuh dalam menjayakan program ini untuk manfaat komuniti. Encik Naim Satuh dalam ucapannya turut meniupkan semangat kepada para peserta untuk berusaha agar menjadi usahawan berjaya menerusi program ini. Semoga dengan titik permulaan ini, komuniti wanita di Kota Belud dapat meningkatkan kemahiran mereka dan menggunakan kemahiran ini untuk membangunkan komuniti yang mampan.

Rentetan daripada program ini, pihak Yayasan Sejahtera juga telah mengadakan sesi perbincangan dengan pihak Kolej Komuniti Sabah pada 18 Mei dan pihak PERWITA pada 19 Mei untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan dan pemantauan program ini. Semoga kerjasama erat seperti ini akan dapat diteruskan bagi meningkatkan kemajuan komuniti di Sabah khususnya.